little idea

Cuaca

KUALA KANGSAR WEATHER

Thursday, July 11, 2019

Profile

Ahmad Johari bin Ahmed Fauzi
265839
Kampus Ipoh
Bachelor's of Public Management's student

Videos

Entry kali ni nak ceghite sikit pasal apps yang ada sekarang ni..
sekarang ni dah mudah sangat.. nak edit gambar nak edit video senang2 je.. dulu punya la susah kena buat manual... tapi aku ni tak berapa pandai sangat nak main2 apps kat handphone ni.. main game aku tau le..
    budak sekarang .. main tik tok la ,, dubmash la pebenda aku tak paham.. tak boleh nak brain..  ade baik ade buruknya.. ade yang main tik tok setakat tunjuk muka je.. ade yang kreatif buat tik tok (thumbs up). yng buat dubmash tu mmg byk yg kelakar.. ntah berapa kali praktis tu.. hahaha.   generasi aku ni generasi "X" mmg tak berapa nak follow minat orang muda sekarang ni.. maklumlah dah tua.. kena sedar diri sikit.. takkan nak melompat2 mcm budak muda.. :).  tak larat da.



 

Aduyai.. hahaha.. habisla mata korang.. dah tak suci lepas tengok video ni.. hahaha. 


haaiiii.. (mengeluh) .. mudahnya zaman sekarang ni. untuk budak2 zaman sekarang ni mmg tak rasa nikmat mudah ni sebab lahir2 mmg dah mudah.. generasi dulu ni mmg terasa la sbb pernah hidup zaman batu dulu.

yang aku tau guna facebook, whatsapp je.. padahal ramai yang pakai instagram da.. aku je yang tak pakai.. x reti aku nak pakai.. setakat whatsapp je la.. cukup la nak dapat info2 penting dari famili rakan kenalan sedara mara tok abah hang makcik sebelah rumah jiran. Kalu ade benda apa yang aku tak tau contohnya nak tau berita terkini ke apa ke, aku tanya je pakcik google. pakcik google mmg hebat. mcm doraemon. semua benda dia ada.

Wednesday, July 10, 2019

Edit Photo

saje je cuba-cuba edit photo..


Sambutan Kemerdekaan



Tanggal tiga puluh satuuuuuuu..bulan lapan lima puluh tujuhhhhh...!!!!!!
Rata-rata kita semua ingat tarikh hari Malaysia ni merdeka.. cuba kalau tak da lagu ni... konfirm x ingat punya. jadi sempena kita dah nak sampai bulan lapan ni marilah same2 kita ingat balik sejarah kemerdekaan.. ini antara tarikh2 penting dalam sejarah kemerdekaan Malaysia.

27 Julai 1955
Pilihan raya Persekutuan pertama diadakan.

1O Ogos 1955
Tunku Abdul Rahman membentuk Kabinet pertama dianggotai oleh 6 wakil Melayu, 3 wakil Cina dan 2 wakil India.

18 Januari – 6 Februari 1956
Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan merundingkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di London.

8 Februari 1956
Perjanjian Merdeka telah dimeterai dengan menetapkan tarikh 31 Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

20 Februari 1956
Tunku Abdul Rahman telah membuat Pengisytiharan Kemerdekaan di Padang Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka.

21 Mac 1956
Suruhanjaya Perlembagaan Reid, sebuah suruhanjaya bebas telah dibentuk untuk mengkaji dan menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

28 – 29 Disember 1956
Tunku Abdul Rahman dicabar supaya menyelesaikan isu pemberontakan komunis. Lalu, Rundingan Baling diadakan pada 28-29 Disember 1956 bersama Chin Peng, Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM).

30 Ogos 1957
Detik 12.00 tengah malam, bendera Union Jack diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad dan diganti dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu tanda negara mencapai kemerdekaan.

31 Ogos 1957
Pengisytiharan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.



setiap tahun kami di USAS Kuala Kangsar pun turut sama menyambut hari merdeka ni... perpustakaan tempat aku kerja ni setiap tahun buat sambutan..  


Macam-macam aktiviti kami adakan.. kami jemput pelajar sekolah berdekatan. budak2 tadika pon kami jemput.. 


Antara pelajar yang dijemput untuk melihat pameran yang diadakan dengan kerjasama Arkib Negara
yang ini pulak pertandingan sajak.. dia ni antara yang otai ni.
Seronok tengok budak2 tadika ni mewarna.

Pertandingan pakaian beragam sempena merdeka. anak-anak tadika. Kreatifnya mak bapak diorang ni..
sekianlah entri saya kali ni... tido jangan tak baca doa.. zzzZZZzzZ....

Inilah yang aku buat hari2


    Sebagai seorang pembantu pustakawan, dah memang kerja aku menghadap buku je hari2. tapi bukan bermakna aku ni pandai sebab tgk buku hari2.
Perpustakaan tempat aku kerja ni di USAS. Universiti Sultan Azlan Shah. Nama perpustakaan ni pulak Perpustakaan Raja Ashman Shah. 
    Aku cerita sikit la caner buku-buku ni di katalog. Sistem yang kami pakai ni name dia ILMU..bukan ilmu dlm kepala tu.. Integrated Library Management Unit. haaa.... tu dia... kaedah pengkatalogan yang kami pakai ialah LCC.. Dulu masa belum advanced lagi tu pakai DCC.. apa benda tu.. DCC tu dewey decimal system. kiranya guna nombor sahaja. LCC ni Library of Congress Catalogue.. bagi aku ni lebih sistematik dan details. pengkelasan dia melibatkan  huruf skali. tapi yang buat pengkelasan tu bukan aku ye.. kerja tu specialize sikit.. hanya yang pakar je buat.. kat sini 
apa lagi. Pegawai la yang buat.. aku ni masukkan data asas buku je..
   Title buku,, penulis, penerbit, harga, pengedar, tempat terbitan, berapa panjang buku tu, berapa muka surat buku tu, semua aku yang masukkan.



Alamak.. buku dah sampai...
bila buku baru dah sampai.. aku pun cek la betul tak jumlah buku yang dihantar tu.. betul tak title dan ISBNnya.. elok ke rosak ke fizikal buku tu.. semua tu kena cek.. makan masa juga la.

Ni lah dia gua hamba bertapa.. di kelilingi oleh buku-buku yang nak di katalogkan.
Ni pulak sistem ILMU yang hamba gunakan untuk masukkan data asas buku.



Habis katalog hamba tampal pulak call number dan accession number kat buku
habis tu buku terus susun kat rak

ni pulak stesen OPAC untuk carian buku
sekianlah kerja hamba.. eh. mana maunya sekian.. besok kena buat lagi.. hahahaha..

Monday, July 8, 2019

Let's Sweat

Haaa... ni lagi satu aktiviti yang wajib aku buat tiap hari Rabu. dari pukul lapan sampailah pukul 11.00 pagi.. Let's Sweat..

Dipendekkan ceritanya program ni diwajibkan ke atas semua staf USAS..
Rektor USAS nak semua staf dia sehattt.... badan sihat otak cerdas..


Penat juga la.. ada yang berjalan. ada yang lari... aku kejap lari kejap jalan.. 

 
yang baju merah ni aku kejooooo tak dapat.. sampai dia potong aku sekali lagi
Program ni selalunya dia tetapkan laluan .. paling dekat 4 km dan paling jauh pun 11km... tapi kalau 11km tu rasa mcm nak patah lutut.. hahaha.

Manfaat Bersenam

Terdapat banyak faedah senaman yang dilakukan dengan kerap , ini termasuk:


Bersenam meningkatkan tahap tenaga

Senaman meningkatkan kekuatan dan kecekapan sistem kardiovaskular anda untuk mendapatkan oksigen dan nutrien pada otot anda. Apabila sistem kardiovaskular anda berfungsi lebih baik kerja harian lebih mudah dan anda mempunyai lebih banyak tenaga untuk menikmati kehidupan.

Bersenam meningkatkan kekuatan otot
Otot yang kuat, tendon dan ligamen fleksibel, membolehkan anda bergerak dengan lebih mudah dan mengelakkan kecederaan. Otot dan ligamen yang kuat akan mengurangkan risiko sakit sendi dengan mengekalkan sendi dalam penjajaran yang betul. Ia juga meningkatkan koordinasi dan keseimbangan. Bersenam boleh membantu anda mengekalkan berat badan yang sihat

Semakin banyak senaman anda, lebih banyak kalori yang dibakar. Di samping itu, semakin banyak otot yang anda kembangkan, semakin tinggi kadar metabolisme anda, jadi anda membakar lebih banyak kalori walaupun anda tidak bersenam. Hasilnya? Anda mungkin menurunkan berat badan dan kelihatan lebih baik secara fizikal yang akan meningkatkan imej diri anda.
    
Bersenam meningkatkan fungsi otak
Bersenam meningkatkan aliran darah dan tahap oksigen di dalam otak. Ia juga menggalakkan pembebasan bahan kimia otak (hormon) yang bertanggungjawab untuk penghasilan sel-sel di hippocampus, bahagian otak yang mengawal memori dan pembelajaran. Ini seterusnya meningkatkan tahap kepekaan dan keupayaan kognitif, dan membantu mengurangkan risiko penyakit degeneratif kognitif seperti Alzheimer.

oleh itu kawan2 semua.. marilah kita bersenam.. 

Thursday, July 4, 2019

WCIT.. apa tu?







About WCIT2018

World Conference On Islamic Thought & Civilization (WCIT) is now part of Perak State Government event, and has been organized by the Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) since 2012, with participants coming from more than 21 countries. The Conference is organized under the Royal Patronage of DYMM Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah, the Sultan of Perak Darul Ridzuan. The central purpose of conceiving and convening the Conference is to provide a platform and avenue for regional and international scholars, intellectuals and professionals to express themselves in a dynamic and rigorous exchange of ideas; all for the purpose of addressing real and actual, and contemporary problems affecting the current world.
The Conference now intends to focus more on what it can offer in terms of real life experiences; takeaways that could be followed up with actual programs of action. It is with this practical approach that USAS plans to organize its 5th World Conference on Islamic Thought and Civilization (WCIT 2018) with the theme of ‘Securing the Future’.

WCIT 2018 has narrowed down 5 subthemes to be addressed during the Conference. 

The subthemes  covered in the Conference include :

* Learners Today, Leaders Tomorrow
* Economy Matters
* Healthy Environment
* Cultural Language of Religion
* Humanity, Security, and the Arts

WCIT 2018 aims to explore the philosophy and the strategies for social harmony and political stability; for communities to express their varied social and political expectations of each other; and for participants to express and share their personal experiences and knowledge in dealing with socio-political and religious conflicts, and to offer strategies in conflict resolution.
Through discussions and exchanges, it is hoped that the Conference will generate the sufficient and necessary conditions for a more realistic analysis and assessment of global events and conflicts within social and political realities






 The middle guy is me.. Me and my colleague were lucky to be part of it as Exhibition Committee







This is our exhibition that we worked hard on.. well .. this is actually our third exhibition held for WCIT. It's exhausting but fullfilling.






Tuesday, July 2, 2019

Labu Sayong



Labu sayong ialah sejenis bekas tembikar bernama labu berwarna hitam yang merupakan produk perusahaan dari Kampung Kepala Bendang, dalam Mukim Sayong, iaitu sebuah desa yang terletak 1 kilometer dari Kuala Kangsar, Negeri Perak. Dari kampung inilah perusahaan ini berasal kerana sumber bahan mentah iaitu tanah liat khas diperoleh dari kampung tersebut.
Lanjutan daripada ini, perusahaan membuat labu sayong telah berkembang di kalangan waris asal pembuat tembikar ini ke sekitar perkampungan dalam daerah Kuala Kangsar.
Bekas menyimpan air yang dihasilkan daripada tanah liat ini dibentuk dan diukir dengan teliti. Motif ukirannya banyak menjurus kepada unsur tradisional, khususnya bunga-bungaan seperti bunga tanjung, padi, senduduk, lawang, cengkih dan pucuk rebung.

Teknik pembuatan labu sayong

Perusahaan membuat Labu Sayong tergolong dalam pembuatan seramik. Peredaran zaman, telah merevolusi kaedah pembuatannya daripada tradisional kepada moden.
  • Pembuatan tradisional
  • Pembuatan moden
    • Throwing / Teknik lemparan alin
    • Teknik acuan
    • Teknik sepuh

Lokasi perusahaan seramik labu sayong

Berikut antara lokasi perusahaan membuat labu sayong dalam daerah Kuala Kangsar:
  • Kampung Kuala Dal, Mukim Buaia, Padang Rengas
Kebanyakkan lokasi perusahaan ini turut menawarkan pakej lawatan sambil belajar kepada pelbagai agensi, sekolah, IPT, dan dokumentari.

Menurut cerita penduduk setempat di Kuala Kangsar, dipercayai bahawa labu asalnya dibawa ke Sayong oleh Tuk Kaluk yang datang dari Minangkabau pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar. Tuk Kaluk merupakan salah seorang yang mempunyai hubungan baik dengan istana pada ketika itu.

Tuk Kaluk telah dianugerahkan tanah oleh sultan di Kampung Kepala Bendang sebagai menghargai kebolehannya dalam membuat hasil pertukangan seperti pedang, parang, keris dan juga tembikar yang banyak membantu penduduk setempat dan negeri pada ketika itu.Sejak dari itu Tuk Kaluk terus mengajar penduduk setempat membuat labu. Lama-kelamaan, penduduk di kampung tersebut pandai membuat labu dengan sendiri sehingga ke hari ini. Penggunaan labu atau tembikar dalam kehidupan seharian memang meluas.Labu Sayong bukan sahaja digunakan oleh golongan rakyat biasa tapi golongan istana juga turut juga menggunakanya sepertimana yang dicatatkan oleh Raja Chulan dalam Misa Melayu tentang sewaktu Sultan Iskandar Zulkarnain menghilir sungai dari Istana Pulau Cempaka Sari, baginda turut membawa tembikar tanah ini yang digunakan sebagai bekas air minuman dan untuk bersiram.

Monday, July 1, 2019

Deepfake?

Hari ni aku nak cerita skit pasal deepfake..
pernah dengar tak?

Deepfake adalah teknologi berasaskan AI yang digunakan untuk menghasilkan atau mengubah kandungan video supaya ia membentangkan sesuatu yang tidak berlaku. Istilah ini dinamakan untuk pengguna Reddit yang dikenali sebagai deepfakes pada Disember 2017, menggunakan teknologi pembelajaran mendalam untuk mengedit wajah selebriti kepada orang-orang dalam klip video lain.

Video Deepfake dicipta dengan menggunakan dua sistem AI yang bersaing - satu dipanggil penjana dan yang lain dipanggil diskriminator. Pada asasnya, penjana mencipta klip video palsu dan kemudian meminta pembeza untuk menentukan sama ada klip itu benar atau palsu. Setiap kali pembezaan mengenal pasti klip video sebagai palsu, ia memberi penjana petunjuk tentang apa yang tidak perlu dilakukan semasa membuat klip seterusnya.

Bersama-sama, penjana dan diskriminator membentuk sesuatu yang dinamakan rangkaian adversarial generatif (GAN). Langkah pertama dalam menubuhkan GAN adalah untuk mengenal pasti output yang dikehendaki dan membuat dataset latihan untuk penjana. Sebaik sahaja penjana mula mencipta output output yang boleh diterima, klip video boleh diberi kepada diskriminator.

Apabila penjana menjadi lebih baik dalam mencipta klip video palsu, pembeza akan menjadi lebih baik apabila melihatnya. Sebaliknya, apabila diskriminator menjadi lebih baik apabila melihat video palsu, penjana menjadi lebih baik untuk menciptanya.

Sehingga baru-baru ini, kandungan video telah menjadi lebih sukar untuk diubah dengan cara yang substansial. Kerana deepfakes dicipta melalui AI, bagaimanapun, mereka tidak memerlukan kemahiran yang besar yang diperlukan untuk membuat video yang realistik sebaliknya. Malangnya, ini bermakna bahawa sesiapa sahaja boleh membuat jenayah untuk mempromosikan agenda pilihan mereka.


Haaa....paham dok.. aku pon dok paham.. hahaha...
senang citernya deepfake ni kau tampal muka kau kat video orang lain. nanti nampak macam kau.. mcm face swap tapi dalam bentuk video.
contohnya kat video bawah ni.


Seramkan... teknologi ni semakin lama semakin canggih.. mungkin sekarang ni kita boleh kesan sikit kesilapan dalam video.. tapi teknologi ni masih dlm pembangunan dan penambahbaikan berterusan.. semakin lama semakin susah kita nak cari kebenaran dlm dunia IOT ni. susah kita nak bezakan apa yang betul apa yang palsu. tengok aje la berita2 dalam wasap .. berapa banyak berita palsu..  cuba bayangkan muka anda diletakkan dalam video yang tidak senonoh.. tak ke malu rasanya nanti.. nauzubillah