little idea

Cuaca

KUALA KANGSAR WEATHER

Tuesday, July 2, 2019

Labu Sayong



Labu sayong ialah sejenis bekas tembikar bernama labu berwarna hitam yang merupakan produk perusahaan dari Kampung Kepala Bendang, dalam Mukim Sayong, iaitu sebuah desa yang terletak 1 kilometer dari Kuala Kangsar, Negeri Perak. Dari kampung inilah perusahaan ini berasal kerana sumber bahan mentah iaitu tanah liat khas diperoleh dari kampung tersebut.
Lanjutan daripada ini, perusahaan membuat labu sayong telah berkembang di kalangan waris asal pembuat tembikar ini ke sekitar perkampungan dalam daerah Kuala Kangsar.
Bekas menyimpan air yang dihasilkan daripada tanah liat ini dibentuk dan diukir dengan teliti. Motif ukirannya banyak menjurus kepada unsur tradisional, khususnya bunga-bungaan seperti bunga tanjung, padi, senduduk, lawang, cengkih dan pucuk rebung.

Teknik pembuatan labu sayong

Perusahaan membuat Labu Sayong tergolong dalam pembuatan seramik. Peredaran zaman, telah merevolusi kaedah pembuatannya daripada tradisional kepada moden.
  • Pembuatan tradisional
  • Pembuatan moden
    • Throwing / Teknik lemparan alin
    • Teknik acuan
    • Teknik sepuh

Lokasi perusahaan seramik labu sayong

Berikut antara lokasi perusahaan membuat labu sayong dalam daerah Kuala Kangsar:
  • Kampung Kuala Dal, Mukim Buaia, Padang Rengas
Kebanyakkan lokasi perusahaan ini turut menawarkan pakej lawatan sambil belajar kepada pelbagai agensi, sekolah, IPT, dan dokumentari.

Menurut cerita penduduk setempat di Kuala Kangsar, dipercayai bahawa labu asalnya dibawa ke Sayong oleh Tuk Kaluk yang datang dari Minangkabau pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar. Tuk Kaluk merupakan salah seorang yang mempunyai hubungan baik dengan istana pada ketika itu.

Tuk Kaluk telah dianugerahkan tanah oleh sultan di Kampung Kepala Bendang sebagai menghargai kebolehannya dalam membuat hasil pertukangan seperti pedang, parang, keris dan juga tembikar yang banyak membantu penduduk setempat dan negeri pada ketika itu.Sejak dari itu Tuk Kaluk terus mengajar penduduk setempat membuat labu. Lama-kelamaan, penduduk di kampung tersebut pandai membuat labu dengan sendiri sehingga ke hari ini. Penggunaan labu atau tembikar dalam kehidupan seharian memang meluas.Labu Sayong bukan sahaja digunakan oleh golongan rakyat biasa tapi golongan istana juga turut juga menggunakanya sepertimana yang dicatatkan oleh Raja Chulan dalam Misa Melayu tentang sewaktu Sultan Iskandar Zulkarnain menghilir sungai dari Istana Pulau Cempaka Sari, baginda turut membawa tembikar tanah ini yang digunakan sebagai bekas air minuman dan untuk bersiram.

No comments:

Post a Comment