
Tanggal tiga puluh satuuuuuuu..bulan lapan lima puluh tujuhhhhh...!!!!!!
Rata-rata kita semua ingat tarikh hari Malaysia ni merdeka.. cuba kalau tak da lagu ni... konfirm x ingat punya. jadi sempena kita dah nak sampai bulan lapan ni marilah same2 kita ingat balik sejarah kemerdekaan.. ini antara tarikh2 penting dalam sejarah kemerdekaan Malaysia.
27 Julai 1955
Pilihan raya Persekutuan pertama diadakan.
1O Ogos 1955
Tunku Abdul Rahman membentuk Kabinet pertama
dianggotai oleh 6 wakil Melayu, 3 wakil Cina dan 2 wakil India.
18 Januari – 6 Februari 1956
Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan
merundingkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di London.
8 Februari 1956
Perjanjian Merdeka telah dimeterai dengan
menetapkan tarikh 31 Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah
Melayu.
20 Februari 1956
Tunku Abdul Rahman telah membuat Pengisytiharan
Kemerdekaan di Padang Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka.
21 Mac 1956
Suruhanjaya Perlembagaan Reid, sebuah suruhanjaya
bebas telah dibentuk untuk mengkaji dan menggubal Perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu.
28 – 29 Disember 1956
Tunku Abdul Rahman dicabar supaya menyelesaikan
isu pemberontakan komunis. Lalu, Rundingan Baling diadakan pada 28-29
Disember 1956 bersama Chin Peng, Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM).
30 Ogos 1957
Detik 12.00 tengah malam, bendera Union Jack
diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad dan diganti dengan bendera
Persekutuan Tanah Melayu tanda negara mencapai kemerdekaan.
31 Ogos 1957
Pengisytiharan kemerdekaan oleh Tunku Abdul
Rahman di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.setiap tahun kami di USAS Kuala Kangsar pun turut sama menyambut hari merdeka ni... perpustakaan tempat aku kerja ni setiap tahun buat sambutan..
Macam-macam aktiviti kami adakan.. kami jemput pelajar sekolah berdekatan. budak2 tadika pon kami jemput..
Antara pelajar yang dijemput untuk melihat pameran yang diadakan dengan kerjasama Arkib Negara |
yang ini pulak pertandingan sajak.. dia ni antara yang otai ni. |
Seronok tengok budak2 tadika ni mewarna. |
Pertandingan pakaian beragam sempena merdeka. anak-anak tadika. Kreatifnya mak bapak diorang ni.. |
sekianlah entri saya kali ni... tido jangan tak baca doa.. zzzZZZzzZ.... |
No comments:
Post a Comment