Sebagai seorang pembantu pustakawan, dah memang kerja aku menghadap buku je hari2. tapi bukan bermakna aku ni pandai sebab tgk buku hari2.
Perpustakaan tempat aku kerja ni di USAS. Universiti Sultan Azlan Shah. Nama perpustakaan ni pulak Perpustakaan Raja Ashman Shah.
Aku cerita sikit la caner buku-buku ni di katalog. Sistem yang kami pakai ni name dia ILMU..bukan ilmu dlm kepala tu.. Integrated Library Management Unit. haaa.... tu dia... kaedah pengkatalogan yang kami pakai ialah LCC.. Dulu masa belum advanced lagi tu pakai DCC.. apa benda tu.. DCC tu dewey decimal system. kiranya guna nombor sahaja. LCC ni Library of Congress Catalogue.. bagi aku ni lebih sistematik dan details. pengkelasan dia melibatkan huruf skali. tapi yang buat pengkelasan tu bukan aku ye.. kerja tu specialize sikit.. hanya yang pakar je buat.. kat sini
apa lagi. Pegawai la yang buat.. aku ni masukkan data asas buku je..
Title buku,, penulis, penerbit, harga, pengedar, tempat terbitan, berapa panjang buku tu, berapa muka surat buku tu, semua aku yang masukkan.
![]() |
Alamak.. buku dah sampai... |
![]() |
Ni lah dia gua hamba bertapa.. di kelilingi oleh buku-buku yang nak di katalogkan. |
![]() |
Ni pulak sistem ILMU yang hamba gunakan untuk masukkan data asas buku. |
![]() |
Habis katalog hamba tampal pulak call number dan accession number kat buku |
![]() |
habis tu buku terus susun kat rak |
![]() |
ni pulak stesen OPAC untuk carian buku |
sekianlah kerja hamba.. eh. mana maunya sekian.. besok kena buat lagi.. hahahaha..
No comments:
Post a Comment