little idea

Cuaca

KUALA KANGSAR WEATHER

Sunday, June 30, 2019

Menu Masakan Bujang

Sapa kata lelaki tak pandai masak.. memandai je korang.. berlambak chef lelaki kat tv tu.
tengok aku ni sebagai bukti.. mmg tak pandai masak.. hahaha

lelaki bukan tak pandai masak.. tak pandai sebab tak belajar.. kalau belajar pandai je.
kalau setakat masak nasi masak meggi masak air tu kacang je..
tapi kalau dah masuk nama masakan pelik2 panjang2 tu mmg tak le..

Orang sekarang ni kalau nak masak tak tau resepi tgok tutorial kat google je..
ni teman nak kongsi sikit resepi orang bujang skit. org bujang ni byk makan ikut dan je.. nak save duit la katakan.. so bahan-bahan pon simple and dimple je.. kalau makan keluar byk pimple.

Nasi Goreng Bujang




bahan:

2 cawan nasi putih (banyak mana terpulang)
1 biji telur
mix vege (optional)
*cili kering (5 tangkai) *rendam/celur dlm air panas
*1 biji bawang merah (yg sedang2 tu)
*2 biji bawang putih
garam
serbuk perasa

Cara:
-semua bahan yg bertanda * sila blender
-panaskan minyak
-masukkan bahan yg diblender tumis hingga agak garing sikit
-masukkan mix vege gaul seketika
-masukkan garam dan serbuk perasa
-gaul seketika
-tolak tepi bahan tumis, masukkan telur gaul
-masukkan nasi
-gaul sebati.
-angkat
 Kalau masak nak potong itu ini senang je.. beli je perencah nasi goreng Adabi.. tumis .. masuk nasi.. goreng.. sonang baitu.

No comments:

Post a Comment